
Sulit
3 tahun
Suspek jantung,paru2
Saya lelaki yg berusia 49 tahun…terbaru saya xray ada mslh pd jantung…sebelum ni paru2,sekqrang saya makan ubat acetylsalicylic 100/45mh ,simvastin 40mg,pantoprazole 40mg di beri pihak hospital…tapi masih sesak nafas dan rasa sakit pada dada terutama dekat rangka belah kiri…boleh doktor bantu…tolong dok…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Masalah jantung anda sebelum ini
- Penyakit iskemia jantung
- Kelemahan jantung
- Penyakit pada sistem pernafasan
- Penyakit gastrik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.