
ayumie_nasuha
5 tahun
Susu badan berkurang
Hai…saya nak tanya…pada 20.9 saya telah mengambil suntikan perancang.selepas ambil suntikan tu.saya dapati susu saya drop.jadi mcm mana cara nak selesaikan masalah ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat beberapa kesan sampingan yang diberi oleh suntikan perancang seperti:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- susu badan akan berkurang
- Haid mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai punca susu berkurangan:
- tekanan stress
- kekurangan nutrisi
Puan dinasihatkan untuk berehat, dan makan secukupnya lebih-lebih lagi buah dan sayur-sayuran serta rawatan tradisional, mengurut pada bahagian dada.
Sekiranya puan masih menghadapi kesan tersebut, puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perancang keluarga jenis lain.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.**