wenkhalifa3
4 tahun
Susu badan sya pekat dan melekit
hi . sya wanita dlm 20an . sya bru melahirkan 3bulan lepas tpi anak sya stop susu badan hpir dlm sbulan sda . tpi susu sya masi adaa sedikit cuma sedikit pekat dan melekit … apakah boleh syaa susu anak sya dlm keadaan susu yg sebegitu ? melekit dan pekat … sbb sya takut nnty bayi sya sakit perut .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya ibu bayi dalam keadaan yang sihat, maka tiada masalah untuk menyusukan bayi.
Sekiranya terdapat gejala tambahan dan persoalan lain, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.