
Sulit
3 tahun
Susu dha atau full cream
Hye,saya nak tanya tentang susu anak saya…saya perlu beri susu yang ada dha atau full cream utk ank saya berumur 1tahun 10bln?saya baca byk kebaikan jika minum susu full cream tp tiada kebaikan dha.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang kelebihan susu full cream atau dha untuk diberikan kepada anak anda. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, susu full cream, atau penuh krim adalah merujuk kepada susu yang mengandungi kandungan lemak tenusunya secara penuh. Susu jenis ini lebih pekat berbanding jenis low fat yang telah dikurangkan kandungan lemak tenusunya.
DHA pula adalah sejenis lemak omega 3 yang dinamakan Docosahexaenoic acid dan ia adalah lemak yang baik. Bahan ini membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kesihatan saraf, perkembangan otak dan imunitinya. DHA ini banyak ditambah ke dalam susu kanak-kanak bagi menambah nilai pemakanan dalam susu tersebut.
Terdapat juga susu full cream atau krim penuh yang ditambah DHA ke dalamnya. Oleh itu anda tidak perlu risau kerana kedua-dua bahan ini adalah bagus untuk tumbesaran anak anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Sila rujuk kepada kami melalui konsultasi secara atas talian jika anda perlukan maklumat lanjut.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.