
Sulit
4 tahun
Susu formula cirit birit dan tersedak
hi baby sy baru 2 bulan 21hari… before minum s26… sminggu i tukar lactogen rumusan bayi… baby berak cair… semalam minum terus tersedak

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.