
Sulit
4 tahun
Susu formula untuk kanak2. Usia berapa sepatutnya putus susu?
Saya mempunyai 2 babies. Seorang 5 tahun dan seorang 3 tahun. Tujuan saya menulis di sini untuk bertanya kanak2 pada usia berapa sepatutnya putus susu? Susu botol susu formula? Hal ini kerana ipar saya seolah2 bangga dengan anaknya yg baru 3 tahun sudah tidak mahukan susu. Dia sudah stop bagi susu. Setahu saya susu memberi banyakkk zat untuk kanak2 . Apa pandangan doktor?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kebanyakan organisasi kesihatan utama mengesyorkan penyusuan susu ibu untuk sekurang-kurangnya setahun. Ia dilakukan dengan 6 bulan penyusuan eksklusif, diikuti kombinasi proses penyusuan dengan pengambilan makanan pejal untuk bayi.
Kemudian panduan penyusuan akan berbeza mengikut berapa lama tempoh menyusu yang ingin diteruskan.
Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American Academy of Family Physicians (AAFP) mengesyorkan penyusuan susu untuk dilakukan bagi tempoh masa yang lebih lama. Ini kerana terdapat banyak faedah penyusuan kepada bayi bagi tempoh menyusu 2 tahun atau lebih.
Tempoh purata cerai susu
Proses wean off adalah 1 keadaan yang sukar ditentukan secara tepat. Jika anda adalah seorang ibu yang memilih untuk menyusukan si manja melepasi usia lebih 3 tahun, ketahuilah bahawa itu adalah situasi normal.
Bahkan AAFP menyatakan, berdasarkan data antropologi, usia semula jadi untuk cerai susu – iaitu yang ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri – adalah antara 2.5 hingga 7 tahun. Apa yang pasti, bukan semua individu kanak-kanak akan terus menyusu sehingga mencapai usia 7 tahun. Tetapi sekurang-kurangnya, anda menyedari adalah normal untuk perkara itu berlaku.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.