
Sulit
3 tahun
Susu formula yg sesuai untuk bayi jantung berlubang
Bayi saya berusia 15 hari Dan mengalami masalah jantung berlubang. Susu formula apakah yg sesuai utk bayi saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, bayi yang mempunyai masalah jantung boleh menyusu menggunakan susu ibu dan juga susu formula. Namun begitu, pemberian susu perlulah diberi perhatian memandangkan bayi yang mempunyuai masalah jantung memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada bayi yang sihat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan anda boleh berbincang mengenai langkah seterusnya. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang susu formula yang sesuai berdasarkan soalan yang diberikan sahaja. Pemeriksaan lanjut dan maklumat lanjut perlulah diperolehi terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.