
Sulit
4 tahun
Susu omega untuk ibu menyusu
Saya ada membeli susu omega plus untuk kurang kan masalah kolesterol tinggi. Baru terbaca yang ianya tidak disyorkan untuk ibu menyusu. Saya masih menyusukan anak yang berumur 2 tahun 5 bulan.bolehkah saya minum susu tersebut. Adakah apa2 kesan terhadap anak saya nanti?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada kajian saintifik samada ia boleh memudaratkan bayi yang disusui atau sebaliknya. Jika anda ingin mengurangkan kolestrol. Selain daripada susu supplemen, anda boleh melakukan perkara berikut. Antaranya:
- bersenam 30 min setiap hari untuk 5 hari
- makan makanan yang kurang kolesterol
- mengambil rawatan perubatan antikolesterol, namun rawatan ini memerlukan preskripsi daripada doktor
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.