
Sulit
5 tahun
Susu untuk ibu hamil
Hai.
Saya sedang hamil 16 minggu. Ini pengalaman pertama saya. Boleh ke kalau saya minum susu dutch lady berperisa strawberry semasa hamil?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sewaktu hamil, antara suplemen yang diperlukan oleh ibu hamil ialah folic acid, calcium dan iron. Tidak menjadi masalah untuk anda minum susu selagi anda tidak mempunyai alahan atau masalah “intolerance” terhadap susu tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.