
Anonymous
5 tahun
Susuan ibu untuk bayi
Saya mempunyai seorang bayi berumur 1bulan. Persoalannya bagaimana cara nak banyakkan susu badan? Masalah bayi saya bila direct feeding dia susah nak capai nipple. Bak kata orang nipple saya pendek. Saya terpaksa pump dan bagi dalam botol. kadang2 susu sikit saya terpaksa topup dengan susu formula. Anak saya lebih suka menggunakan botol drp direct feeding. Adakah doktor ada tips untuk nipple pendek sebab saya nak direct feeding dan banyakkan susu badan. Terima kasih doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mengenai masalah yang anda hadapi, berkenaan membanyakkan susu badan, anda boleh mendapatkan nasihat tentang supplement yang sesuai dari farmasi. Selain itu ambil makanan yang seimbang dan perbanyakkan protein seperti susu, susu kacang soya, ikan, dan kekacang lain. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Anda juga boleh rujuk kepada pakar nutrisi tentang makanan yang sesuai.
Terdapat juga alat yang dinamakan “breast shell” yang boleh digunakan sebelum menyusukan bayi anda. Breast pump juga boleh membantu membuatkan nipple anda lebih menonjol. Anda juga boleh memegang payudara di sekeliling puting dengan jari dalam bentuk “C” atau “V” bagi memudahkan anak anda menghisap.
Anda boleh dapatkan penerangan dan nasihat lanjut daripada pihak kami melalui atas talian dengan klik pada link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.