
Sulit
3 tahun
Swab test covid19 dan adakah boleh dijangkiti kembali
saya nak tnye.saya buat test covid kendiri pada 8.2.22 and positif.suami saya buat test covid pada tarikh yang sama negatif.tapi hari ini(14.2.22) dia buat test sekali lagi dan dia positif sebab dia ada simptom2 iaitu batuk dan selesme.persoalan saya boleh kah saya dan suami duk sekali?sebab sekarang saya dan suami duk berasingan bilik.saya potong gelang pada 17.2.22.saya dah pulih dari batuk dan selseme.adakah kalau kami duk sekali,adakah saya boleh dijangkiti kembali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Saya nasihatkan untuk terus tinggal di bilik berasingan sehingga suami anda boleh memotong gelang tangannya bagi melindungi diri.
Sila teruskan memantau keadaan anda sendiri. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi tempoh ini untuk anda dan suami anda, bersama dengan sesiapa sahaja dalam keluarga:
- Hadkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain
- Makan di bilik atau kawasan yang berasingan
- Elakkan berkongsi barangan peribadi
- Pakai topeng mulut yang sesuai jikalau berada di ruang kongsi, seperti di dapur dan ruang tamu
- Pakai sarung tangan apabila mengendalikan barang suami anda dan sebaliknya suami anda apabila mengendalikan barang anda
- Basuh tangan dengan kerap
Jika anda, suami atau sesiapa dalam keluarga mula menunjukkan simptom berikut, atau sebarang gejala yang membimbangkan, sila dapatkan rawatan dengan segera:
- Masalah bernafas
- Sakit atau tekanan yang berterusan di dada
- Kekeliruan yang baru
- Ketidakupayaan untuk bangun atau berjaga
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini