Sulit
4 tahun
Swab test kedua untuk covid 19
Saya hari ke-8 kuarantin di rumah sebab positif covid-19. Adakah saya perlu untuk lakukan swab test kali kedua? Atau saya perlu tunggu maklumat daripada pihak KKM?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang. Namun anda tidak menyatakan keputusan ujian saringan kali pertama sama ada positif atau negatf.
Untuk pengetahuna anda, lazimnya jika keputusan saringan kali pertama negatif, pesakit diminta untuk melakukan ujian saringan kali kedua untuk penilaian terakhir bagi menentukan tahap kesihatan pesakit sama ada bebas atau dijangkiti COVID-19.
Anda boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan maklumat tambahan serta pengesahan mengenai masalah anda.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































