
Sulit
3 tahun
Swab test klinik/hospital kerajaan
Doctor, bagaimana cara jika hendak buat appointment swab test dengan kerajaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Soalan anda adalah berkaitan bagaimana hendak melakukan ujian swab di klinik kerajaan.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman tuan, ujian swab di klinik atau fasiliti kerajaan dilakukan kepada mereka yang berpotensi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat atau yang bergejala. Sekiranya anda mengesyaki telah dijangkiti atau merupakan kontak rapat jangkitan COVID-19, anda boleh menghubungi CPRC atau klinik kesihatan berdekatan anda.
Anda juga boleh melakukan ujian saringan COVID-19 sendiri di klinik atau fasiliti makmal persendirian atau swasta.
Hubungi kami untuk konsultasi atas talian bagi mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini