
Sulit
3 tahun
Sy 2 hari lepas ade krem kt perot bahagian bwh sikit…. Pas tu bdn badan ngn perot saya rasa panas…. Sy rasa x sedap badan
Pas tu pada 20.8 sy ade test opk terang sgt… Pas tu sy test la test pregnant tu dlm 15 minit naik 2 line… Tp yg satu line tu samar2… Ade ke sy pregnant…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya keputusan upt anda kurang jelas, anda juga boleh ambil ujian darah HCG dan imbasan ultrasound di mana-mana klinik kesihatah atau swasta untuk kenal pastikan kandungan anda. Selain itu, tanda dan gejala kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).