Sulit
4 tahun
Sy ade masalah tiroid blh kah saya amik vaksin
Saya ade tiroid…blh kah amik vaksin.?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah tiroid. Sehingga kini belum ada kajian yang menyatakan pengambilan vaksin akan memudaratkan keadaan seseorang melainkan individu tersebut mempunyai masalah alahan yang teruk. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























