
armteguhent
4 tahun
Sy berusia 43 tahun mengatasi masalah Ed apa perlu sy mendapatkan rawatan atau cuma mkn ubat
Mohon doctor Bantu sy

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pra ejakulasi atau ejakulasi pra-matang bermaksud zakar mengeluarkan air mani atau semen pada awal waktu aktiviti seksual sebelum zakar belum menegang sepenuhnya. Mati pucuk atau “erectile dysfunction” pula ialah apabila zakar tidak boleh menegang langsung akibat daripada beberapa faktor.
Antara punca pra-ejakulasi ialah:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat yang anda mahukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.