Sulit
3 tahun
Sy dapati kepala bahagian kira bengkak
Sy nak tanye…kepala bahagian kiri bengkak ia rasa tak selesa sakit…sy dah jumpa dktr…tpi dktr ada ckp ia mcm ketumbuhan lemak…skrg rasa tak selesa…sakit…sy dah mkn ubat tahan sakit…tpi tiada perubahan…masih sakit…ape yg perlu sy buat…perlu ke sy jumpa dktr semula…ia tak selesa sgt…sakit sgt…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah bengkak pada kepala bahagian kiri dan juga rasa sakit. Untuk makluman anda, masalah anda ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Ketumbuhan lemak yang jinak (Lipoma)
- Keradangan salur darah pada kepala (Temporal arteritis)
- Ketidakseimbangan kimia dalam badan
- Diabetis
- Kecederaan pada kepala
- Jangkitan kuman
- Tekanan darah tinggi (Malignant hypertension)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda untuk berjumpa lagi dengan doktor anda dan mendapatkan siasatan lanjut seperti pengimejan x-ray atau CT scan untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala