Sulit
3 tahun
Sy ingin bertanya berkenaan dengan implanon,mengikut saranan selepas pemasangan implanon perlu elakkan bersama suami atau bersama suami dgn protection,
Salam Dr,sy telah memasang implanon pada 30/10/20,dan 2hari selepas pemasangan sy telah bersama suami tanpa protection,adakah sy boleh hamil,sbb ade yg beritahu perlu protection sex seminggu selepas pemasangan,dan sy jg telah mengambil postinor2 5jam selepas bersama dan 12 jam selpas dose pertama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda mendapatkan implanon sewaktu 5 hari pertama haid anda, maka anda dilindungi daripada mendapat kehamilan. Namun jika anda mendapatkan implanon selepas 5 hari pertama haid anda, disarankan untuk anda menggunakan cara pencegahan kehamilan seperti kondom.
Walaubagaimanapun, seeloknya adalah menjarakkan masa selama 5-7 hari selepas mendapatkan implanon sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan seisi keluarga, atau agar terapi dan perancangan keluarga yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.