
Sulit
3 tahun
Sy kini dlm fasa menghentikan penyusuan namun sejak semalam breast sy keras & membengkak. Apa perlu sy lakukan?
Betul ke jika sy biarkan sahaja, breast akan beransur pulih sndiri dan susu akan kering? Boleh berikan tips supaya susu badan kering? Anak sy kini berusia 3 thn dan sudah tidak mahu susu badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda mengalami payudara yang mengeras dan membengkak dan ini amat mengganggu anda. Kami akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami.
Terlebih dahulu, payudara yang membengkak dan mengeras memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor kerana ia menandakan perubahan sedang berlaku pada payudara anda.
Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk mengeringkan susu badan tetapi disebabkan anda mengalami payudara yang membengkak dan keras, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan atau anda boleh bercakap dengan doktor kami di atas talian supaya tindakan lanjut boleh diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.