
Sulit
4 tahun
Sy nk tanye…sy ada ulser dkt lelangit& tonsil sy warna putih
Sy ada ulser dkt lelangit & sy nmpk tonsil sy warna putih ia amat pedih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
- Anda mungkin mengalami radang pada mulut
- Jangkitan kulat pada mulut atau dipanggil jangkitan kandida
- Tonsil bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.