Sulit
4 tahun
Sy nk tnye ada ulser dkt nk ke rongga hidung
Sy nk tanye sy ada ulser nk ke rongga hidung ia amat menyakit kn…ubat ape sesuai untuk kurang rasa sakit dan pedih ulser…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis
- jangkitan kuman
- kanser kulit
- Masalah autoimun seperti SLE
Rawatan adalah berdasarkan punca sebenar masalah ulser yang anda hadapi. Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan segera. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit jika ulser tersebut mendatangkan kesakitan yang melampau.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.