
Sulit
4 tahun
Sy risau apakah sy terkena siplis
Hi doktor sy mengalami biji2 sperti jerawat Dan terdapat luka2 kering pada benjolan kecil itu Dan muncul benjolan kecil pada biji buah kemaluan sy terasa gatal Dan bantam bintik2 merah Di bahagia tangan kiri Dan kanan selepas melakukan seks dgn pasangan saya… Adakah sy menghidap siplis? Tapi Kencing tidak sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.