
armellzaza95
5 tahun
Sy sakit perut dan terdapat kotoran pada seluar daLam sy seperti darah
Sy tiada masalah kesihatan… sy bru lepas 6 bulan gugur anak pertama… dan sy sedang mnunggu rzeki zuriat yg kedua…tapi masih blum ada

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang anda sebutkan, beberapa faktor boleh menyebabkan sakit perut dan pendarahan seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pendarahan ketika ovulasi - juga boleh menyebabkan sakit perut
- Penyakit Radang Usus
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan serta membimbangkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.