zailanrgklaman
6 tahun
Sy sudah pegi klinik check kencing manis dengan air kencing tapi,Sy xde kencing manis Dan jangkitan kuman dalam saluran air kencing pun xde.tapi masalah kerap kencing Sy tidal hilang jugal,knape ye
Saya lelaki berumur 30 tahun
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain daripada masalah kencing manis dan jangkitan dalam saluran kencing, terdapat beberapa lagi punca kepada masalah kekerapan kencing seperti:
- Keradangan prostat - akibat jangkitan kuman atau ketumbuhan
- Kerap minum air ber-kafein
- Masalah saraf dari cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir atau cakera prolaps
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































