Sulit
3 tahun
Sy wanita 53 thn…ada batu hempedu…sy terjumpa ubat rowachol..blh ke ubat ini nembantu menghancurkan batu dlm hempedu sy ..sb sy dicdgkan utk buang hrmpedu secara laser
Blh ke ubat rowachol …membantu…dan mcmana ia berfungsi…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami di atas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Ubat tersebut sememangnya merupakan salah satu daripada pilihan rawatan bagi penyakit yang anda alami saat ini. Walau bagaimanapun untuk mengetahui secara jelas tentang kombinasi atau kaedah bagi memaksimumkan penggunaan ubat tersebut, anda tetap perlu merujuk kepada doktor anda yang telah mempreskripsikan ubat.
Umumnya ubat tersebut membantu dalam meningkatkan kadar keterlarutan biatu-batu hempedu di dalam karung hempedu, serta mengurangkan produksi kolestrol pada organ hati.
Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.