
Sulit
5 tahun
Sy wanita berumur 29 tahun kerap pening dibahagian kening atas kepala.kerap sakit dada cepat letih Dan susah tidur malam..sudah lama Saya mengalami gejala ini…tolong doktor Macam Mana perlu Saya buat,
Cepat letih cepat peluh bahagian kepala dada selalu sakit di bahagian jantung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid (Hormon tiroid berlebihan)
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Penyakit jantung seperti masalah injap, kelemahan jantung atau angina
- Radang resdung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.