
Sulit
4 tahun
Sy xtahu ni darah period or tanda awl kehamilan sy
Assalammualaikum & salam sejahtera… Sy bru buat iui pd 10/9/2020 hari tu…Dlm tempoh lepas buat iui, breast & perut ada rasa sengal² dan cramp. Tp hari khamis 24/9 kluar spotting warna putih coklat 2 kali… Jumaat dia x kluar pastu hari sabtu(26/9) awl pg, sy cek upt & -ve… pd pg nya ada kluar warna koko sikit dekat pad, 2 kali dia kluar & hari ni (ahad 27/9) bila kencing dia kluar lagi warna coklat 2x… keluar warna coklat tak ada darah… utk pengetahuan dr tarikh period sy 27/9… sy xtahu ni darah period or tanda awl kehamilan sy… tq dr

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, spotting adalah kesan sampingan yang boleh berlaku selepas melakukan prosedur IUI. Pendarahan ataupun spotting coklat selepas IUI dipanggil sebagai pendarahan implantasi (implantation spotting) yang disebabkan implantasi blastocyst ke dalam rahim. Pendarahan implantasi kebiasaannya bewarna coklat dan bukan merah cerah seperti darah haid.
Pendarahan ataupun spotting boleh disebabkan oleh catheter IUI yang digunakan waktu prosedur dan cara untuk mendapat kesimpulan kehamilan ialah dengan melakukan ujian kehamilan selepas 14 hari prosedur IUI. Namun begitu, kejadian false negative di mana ujian menunjukkan negatif tetapi sebenarnya anda hamil. Oleh itu saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar anda untuk mendapat kesimpulan yang lebih tepat kerana ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut. Terima kasih.