
Anonymous
5 tahun
Sya mengandung 36 minggu Dan sdang on insulin kerana gula x terkawal
Adakah penggunaan insulin semasa hamil boleh memberi kesan sampingan pda kandungan? Dan adakah semestinya lebih 38 minggu baru blh melahirkan anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan insulin yang terkawal tidak memberikan kesan negatif kepada kandungan kerana insulin itu sendiri tidak dapat masuk kedalam janin. Kesan gula dalam darah yang tinggi adalah lebih bahaya kepada kandungan anda dan pengambilan dos insulin yang cukup diperlukan agar tiada komplikasi kepada tumbesaran janin anda. Tempoh usia melahirkan bayi pada 38 minggu adalah tempoh yang dianggap cukup matang bagi bayi agar kurang komplikasi namun tempoh tersebut boleh dipercepatkan atau dilambatkan berdasarkan status kesihatan janin atau anda.
Sekiranya perkara ini memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.