Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sya nak hamil tp suami xnak ada anak lagi untk masa ini

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 2, 2020 3:55 AM
Sulit 34 hari

Apakah saya boleh hamil jika saya masukkan air mani dngan jari ketika saya tgah subur… keluarg mahukan ank … tp suami xnak ada ank lgi untuk masa ini…

Dr Sri Viknarajan 34 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda.Hubungan antara suami dengan isteri adalah amat penting untuk dijaga demi keharmonian rumah tangga. Sebarang isu atau pendapat berbeza antara suami isteri perlu diselesaikan dengan cara yang elok dan berhikmah agar kedua dua belah pihak dapat mencapai persetujuan.

Secara umumnya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata atau anak mereka sendiri. Namun, sesetengah individu mungkin berhasrat untuk menangguhkan atau tidak ingin mempunyai cahaya mata mereka sendiri atas sebab sebab tersendiri. Jika berlaku perbezaan pendapat antara suami isteri tentang keinginan mempunyai cahaya mata seperti yang terdapat dalam kes ini, pihak puan amat digalakkan untuk berbincang dengan pihak suami bagi mengetahui sebab-sebab pihak suami tidak ingin mempunyai anak serta berjumpa dengan kaunselor bagi menyelesaikan masalah ini.

Pihak kami juga amat tidak menggalakkan puan memasukkan air mani menggunakan jari ke dalam alat sulit pihak puan bagi menjaga kebersihan. Sekiranya pihak puan ingin mendapatkan cahaya mata sendiri, pihak puan perlu berbincang dengan matang bersama suami.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 02 2020 03:55:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kehamilan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi