
Sulit
4 tahun
Sya selalu demam tekak selalu sakit
Syaa umur 39 selalu demam baik demam badan sentiasa deda

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Penyakit TB
- Keradangan tonsil
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan sembuh selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana diagnosis yang tepat perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang sempurna.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih