
Sulit
5 tahun
Sya seringkali bergegar tanpa sebab bila saya nak tidur kelapa akan sakit
beberapa hari lepas sya selalu sakit kepala dan bergegar tanpa semasa saya nak tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap dan jelas. Adalah lebih baik sekiranya anda menjelaskan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan bergegar. Untuk makluman anda bergetar dan sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trigeminal neuralgia masalah saraf muka
- Parkinson - penyakit sistem saraf yang progresif
- Multiple sclerosis - apabila pembungkus saraf (myelin) rosak
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sejenis penyakit autoimun
Sebetulnya keadaan-keadaan diatas memerlukan untuk dilakukan pemeriksaan sebelum dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.