Sulit
3 tahun
Sya sudah berkahwin
sya brusia 26 tahun dan sudah brkahwin…sya telah bersama suami sya 10 hari sebelum haid…adakah ada krmungkinan untuk sya mengandung
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan tentang ovulasi (kesuburan). Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, bukan hari terakhir. Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada lingkungan tempoh ini, kemungkinan untuk hamil berlaku adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak boleh berlaku, masih ada peluang untuk kehamilan berlaku. Bagi mengesahkan kehamilan seseorang, anda bopleh melakukan ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.