
Sulit
3 tahun
Syarat yang membolehkan seseorang itu untuk mengambil vaksin
Hi doktor, saya nak tanya. Kalau ada sakit psoriasis yang tidak terlalu teruk atau ringan, boleh ke amik vaksin covid-19? Saya tak ada alahan apa², & boleh makan apa² jenis makanan. Psoriasis cuma bertompok dibahagian dada sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat, bersih dan berkesan dalam menangani wabak. Setakat ini, tiada kajian yang menyatakan vaksin ini tidak sesuai atau memburukkan lagi keadaan pesakit psoriasis.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang mengalami kondisi tersebut kecuali pada mereka yang mempunyai alahan atau kontraindikasi yang lain. Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Walaubagaimanapun, jika anda mengambil ubat untuk psoriasis kami menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini