
Sulit
5 tahun
Symptoms covid-19, sesak nafas dan batuk kering
Assalamualaikum. Saya merupakan seorang guru tuisyen di perak, berumur 28, tidak mempunyai apa2 sejarah penyakit kronik. Sihat. Saya pulang ke kg dlm masa cuti sekolah pada 14/3 sebelum RMO. Pada 24/3 saya mula mengalami simptom sakit tekak/tonsil bengkak. Pada 25/3 sakit tekak mula berkurangan dan saya mula batuk kering tanpa kahak yg kuat. Saya berasa sukar bernafas/dada seperti dihempap batu. Sehingga kini 1/4 batuk saya berlanjutan. Family saya juga mempunyai symptom yg sama. Ada kah saya perlu membuat ujian saringan covid. Dan boleh saya tahu tempat ujian saringan covid di daerah kubang pasu jitra kedah. Terima kasih Doktor

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada penyakit jangkitan COVID-19, masalah sesak nafas, sakit tekak dan batuk boleh juga disebabkan oleh:
Masalah sesak nafas:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Masalah batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Masalah sakit tekak:
- Tonsilitis
- Pharyngitis
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini