
Sulit
3 tahun
Tabiat berubah selepas infectious colitis
Saya lelaki. Saya pernah tanya soalan tentang infectious colitis di mana saya pernah sembelit dan juga najis berdarah. Saya juga dh buat ct scan. Sekarang kadang2 saya buang air besar seperti biasa tanpa perlu meneran pon and kadang2 susah sikit. Adakah infectious colitis ada kesan sampingan dia?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Antara komplikasi yang boleh diundang oleh penyakit ini adalah abdominal tenderness, kehilangan berat badan, perubahan di dalam tabiat buang air besar (frekuensi bertambah), demam,najis berdarah, diarrhea dan kekembungan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.