
Sulit
4 tahun
Tahan kencing dan kerap kencing
Saya lelaki berumur 19 tahun sebelum ni saya kerap tahan kencing. Sejak kebelakangan ini saya rasa saya kerap ke tandas untuk buang air kecil adakah saya mengalami penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda mengenai gejala yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami kencing dengan kerap, antaranya:
- Jangkitan salur kencing
- Batu karang
- Kencing manis
Antara tanda-tanda jangkitan salur kencing pula adalah:
- Sakit ketika membuang air dan kebiasaannya tidak lawas
- Sakit perut
- Demam
- Lemah badan
- Air kencing mungkin bercampur darah dan nanah
- Muntah-muntah dan loya
Bagi tanda-tanda batu karang pula
- Sakit dan tidak lawas semasa membuang air
- Sakit-sakit di bahagian pinggang dan belakang
- Air kencing mungkin bercampur darah ataupun tidak
Berdasarkan kenyataan yang anda beri, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.