
chunnlinggi
5 tahun
Tahi bayi bwrna hijau tua
Ank sya alami mcm tu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tahi bayi berwarna hijau boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kurang mendapat susu ibu
- Bakteria usus belum cukup matang
- Alahan susu tepung atau susu selain susu ibu
- Cirit birit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti adakah anak anda tidak boleh menerima susu, adakah anak anda cirit-birit berpanjangan dan banyak lagi soalan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.