
Sulit
4 tahun
Tahi lalat atau bisul
Saya wanita berusia 26 tahun. Sejak saya berusia 14 tahun, saya perasan ada benjolan besar pada bahagian punggung saya berwarna hitam seperti tahi lalat. Tapi saya tak pasti sama ada itu tahi lalat normal ataupun bisul, sebab kadang-kadang saya rasa benjolan tu menyakitkan semasa saya duduk. Boleh ke saya mendapatkan rawatan untuk membuang benjolan tersebut secara percuma di mana-mana klinik kesihatan kerajaan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang tahi lalat tersebut bagi mengecualikan samada ia bisul atau tahi lalat yang normal mahupun kanser kulit, melanoma. Jika rawatan yang anda diperlukan adalah pembedahan, kebarangkalian untuk mendapatkan rawatan percuma adalah mustahil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.