
Sulit
5 tahun
Tahi lalat,keloid @ kanser kulit?
Hi doktor saya lelaki berusia 30 tahun , pada awal malam semalam saya baru perasaan ada tahi lalat / Keloid permukaan bulat sebesar pemadam belakang pensil dan warnanya hitam berada di peha saya, sebab disitu pernah berlakunya bisul tetapi saya tidak memicitnya keluar nanahnya dahulu, saya tidak merasa apa-apa sakit apabila ia ditekan ataupun terasa gatal, apa nasihat doktor untuk saya? saya berasa sangat bimbang sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tahi lalat adalah merupakan pengumpulan pigmen melanin dibawah kulit. Justeru, tahi lalat biasanya berwarna coklat kehitaman. Sementara itu, keloid pula adalah tisu parut yang bertumbuh besar tanpa henti setelah luka. Maka, sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk menentukan apakah ketumbuhan tersebut adalah keloid ataupun tahi lalat.
Untuk pengetahuan anda, masalah kulit seperti tahi lalat yang berpotensi menjadi kanser mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- bentuk tahi lalat tidak simetri
- batas tepi yang tidak sekata
- warna yang lebih satu
- lebih besar dari suku inci
- membesar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.