
Sulit
5 tahun
Tahi telinga anak berbau busuk
saya mempunyai anak berusia 3 tahun…masalahnya ialah tahi telinga anak saya sentiasa banyak walaupun dibersihkan hari hari…dan baunye sangat busuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, tidak digalakkan untuk mengoreak tahi telinga. Sekiranya anak anda mengalami masalah tahi telinga tersumbat atau mengeras sehingga menyebabkan masalah, disarankan untuk anda mengajukan masalah ini kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi, sekiranya ia tidak menyebabkan masalah atau sakit, biarkan sahaja. Hal ini telinga boleh mengeluarkan tahi telinga dengan sendiri.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.