
Sulit
3 tahun
Tahi telinga kiri keras dan sakit kepala kiri
Saya awalnya mgalami sakit telinga keras d belah kiri. saya dh titik ubat dan makan antibiotics sampai habis. Sekarang masih belum sembuh tp beralih ke sakit kepala kiri seperti menyucuk d bhgian belakang (kiri) susah nak tido dan letak kepala dsbbkan sakit yg amat sangat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam mengalami gejala sakit kepala belah kiri.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala sebelah kiri boleh disebabkan oleh ini pelbagai punca seperti:
- migrain
- kesan sampingan pil perancangan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- strok
- aneurysm
- penyakit koronari
- jangkitan yang menyebabkan keradangan seperti meningitis
Oleh kerana kesakitan yang anda adalah teramat sangat, disaranakan untuk berhubung dengan doktor di pusat kesihatan dengan segera untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.