honeyboonanna
4 tahun
Tairod dan hidung tersumbat
Saya rohana ismail.berusia 24 tahun.saya ada penyakit tairod selama 5 tahun.dan sekarang masalah sangat teruk sampai hidung saya tersumbat tak boleh bernyawa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda kami perlu maklumat lanjut dan tepat. Beberapa soalan yang kami perlu tanya untuk menyelesaikan masalah anda. Adakah hidung anda terasa seperti tersumbat atau adakah anda tidak boleh bernyawa disebabkan oleh kelenjar tiroid itu sendiri telah membengkak besar yang telah menekan saluran penafasan?
Selalunya jika hidung anda tersumbat, gejala ini tiada kaitan dengan masalah tiroid.Saya nasihatkan anda untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
.