
aznorainy66
5 tahun
Tajuk: Ekzema dan asthma
Saya pelajar tahfiz dan tinggal di asrama. Saya ada masalah asthms dan ekzema. Area kaki mesti gatal-gatal dan mesti nak garu hingga merah dan nanah jugak kalau tak sapu ubat. Saya tak boleh makan lauk ayam dan telor. Mesti tumbuh warna merah kalau makan.
Asthma pulak jarang tapi tiba-tiba attack kat asrama kalau suasana terlslu panas atau sejuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih