Sulit
6 tahun
Tajuk : gusi bengkak
Saya wanita yang berumur 21 tahun…saya mengalami masalah gusi bengkak sehingga menutupi gigi bongsu saya…sudah tiga hari sakit tak kurang walaupun sudah cuba tips kumur mulut dan lain lain,sekarang gusi saya macam ada bintik hitam sedikit…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala gusi bengkak anda boleh disebabkan:
- Radang gusi/gigi (gingivitis) - akibat jangkitan kuman pada gusi atau gigi
- Kesan kecederaan - seperti terkena tulang ikan
- Pendarahan dalaman - akibat masalah pembekuan darah, limfoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi pemeriksaan lanjut serta rawatan yang bersesuaian. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























