zarinayacub
6 tahun
Tajuk- masalah period
Salam…sy berusia 41thn…mslh sy… bila period drh akn kuar 2 3 ari shj paling byk pun 4ari… tp bln ni lps 4ari stop period ada lgi kuar darah warna gelap seakan coklat… msuk arini dh 2ari drh tu kuar… x byk skit2 je…dakah itu normal atau perlu sy buat pemeriksaan…
T.kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2-8 hari. Lama haid dapat dikatakan tidak normal sekiranya berlaku kurang 2 hari atau lebih 8 hari. Merujuk kepada kes anda, umumnya darah berwarna gelap adalah darah lama ataupun darah yang turun dengan perlahan. Justeru, sebaiknya diperhatikan lagi perdarahan buat beberapa hari lagi. Seandainya total hari perdarahan melebihi 8 hari, anda dianjurkan untuk mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























