
Anonymous
5 tahun
Tajuk : Penyakit Sifilis
Saya lelaki berumur 35 tahun, saya khuatir saya terkena risko jangkitan Sifilis kerana baru2 ni saya mengalami sedikit gatal di alat sulit saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain-nanah) atau sifilis
Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Sebelum memberikan cadangan rawatan untuk masalah anda, kami perlu mengetahui adakah anda benar-benar menghidap jangkitan sifilis. Gejala sifilis biasanya bermula dengan luka yang dipanggil chancre pada kemaluan dan jarang disertai dengan nanah melainkan jika turut dijangkiti penyakit kelamin yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.