Sulit
4 tahun
Tajuk: Pil postinor 2
Hai, saya nak tanya pendapat doktor. saya telah bersama suami tanpa perlindungan pada keesokan pagi saya makan pil postinor 2 kali sekaligus . saya tidak mengikut cara makan yang betul kerana pharmaciest ada mengatakan yang boleh makan sekaligus. adakah ia betul2 berkesan dengan cara makan sekaligus 2 biji tu ? terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasannya pil tersebut diambil dalam masa 72 jam dan pil kedua diambil 12 jam kemudian. Memandangkan anda telah mengambil kedua-dua tersebut sekali gus, ia masih lagi berkesan. Namun, anda disarankan mengambil seperti yang ditetapkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.