
Sulit
4 tahun
Tak ada rasa nak berak dan ada daging di dubur
Pada awal tahun saya kena sembelit sejak dri tu saya akan berak setiap 3 hari .tapi saya mula perasan yang saya tak de rse sakit perut pon.saya berak tanpa ada sakit perut dan kalau tk berak lama sye akan kne sembelit lagi.samapai skrang saya rasa takut sbb saya tak ada rasa nak berakk.dan kalau saya berak saya am saya rasa ada daging lembut di bahagian dalam dubur tu tapi bile saya berdiri dan cek balik bnde tu tak ada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sembelit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengubatan.
- Susu.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Apabila selalu sembelit, masalah buasir boleh juga timbul. Oleh itu, sekiranya anda inginkan pengesahan tentang keadaan anda, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan di klinik. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.