Sulit
6 tahun
Tak berapa pandai lagi makan pil perancang
Doktor, saya nak tanya, pil perancang ini nak kena setiap hari makan ke? Walaupun saya jarang bersama suami saya. Contoh: kalau hari ini saya tak bersama suami saya, boleh tak saya tak makan pil perancang pada hari ini? Bila esok ada bersama suami saya, baru saya makan pil perancang. Boleh tak macam itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang harus di makan setiap hari mengikut yang ditetapkan. Jika tidak, pil perancang ini tidak akan berkesan dan anda mungkin akan mengandung.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.



































