
Sulit
3 tahun
Tak datang haid 2bulan selapas tu datang haid tanpa henti hingga sekarang selepas suntikan vaksin dan badan juga rasa letih dan lenguh
Saya takdatang haid selama 2 bulan tetapi masuk bulan 9 saya datang haid tanpa henti rasanya dah lebih 15 hari selepas suntikan vaksin . Saya tidak mengalami segugut tetapi saya kerap demam pening kepala dan emosi tidak stabil . Darah warna merah seperti biasa dan tidak gelap tapi saya kerap berasa letih dan lenguh. Hingga harini saya masih datang haid . Darah ada juga keluar berketul tapi jarang dan saiznya kecil sahaja seperti haid normal tetapi saya risau kerana haid saya tidak henti henti .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Stress seperti jangkitan Covid-19
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
Memandangkan anda mempunyai gejala keletihan dan pening, ia mungkin daripada kehilangan darah haid serius. Simptom ini agak membimbangkan.
Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.